Zue_Hello Kitty Gal

Laman Peribadiku..

Sunnah Rasululullah jadi ikutan, panduan hidup zaman berzaman. Selamat menyambut maulidur rasul..

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Semoga rasa cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar, Rasulullah SAW bertambah kuat dan jitu. Kelahirannya mengubah seluruh isi alam, dari kegelapan kepada cahaya, kekufuran kepada sinar Islam. Bersamalah kita menghayati tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah".

Sedih dan hiba apabila orang yang tersayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamnya. SMKS telah kehilangan seorang guru yang telah berjasa dan menabur bakti pada anak-anak bangsa kita. Pemergiannya kita sertakan dengan doa dan surah al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solehah. Kita? entah bila malaikat Izrail akan datang menjemput! Bersediakah kita?

Alangkah mudahnya berfikir tentang sabar sedangkan Rasulullah berpesan sabar itu adalah dipermulaan musibah.
Begitu juga mudah berbicara tentang syukur sedangkan syukur itu adalah membelanjakan nikmat di tempat hak.

Mencari kekayaan memang digalakkan dalam Islam. Rasulullah sendiri walaupun bukan kaya harta benda tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki. Ketika remajanya, baginda menjadi penternak dan pengembala kambing, sebelum menceburi bidang perniagaan. Hanya selepas diangkat sebagai Rasulullah, baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.

Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan. Hal isi seperti ditegaskan dalam firman-Nya dalam surah al-Kahfi:46 yang bermaksud:

“Harta benda dan anak-pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”

Menjadi miskin juga kadangkala dibimbangi akan menjebakkan seseorang itu dalam kekufuran.Hal ini seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Anas yang bermaksud;

“Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur”

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan alam setiap kekayaan yang kita perlolehi itu ada hak yang perlu ditunaikan..

ihsan : Soutul Hidayah [ ppiskb.blogspot.com]

Sukan Tahunan SMKS telah diadakan pada 21 Februari 2009 yang lalu. Namun saya tidak berpeluang untuk bersama-sama menjayakan acara tersebut. Tugas yang diamanahkan kepada saya sebagai pengacara majlis tidak dapat dijalankan kerana saya terpaksa balik ke kampung kerana ada kecemasan. Kepada pengganti saya, tahniah dan syabas kerana berjaya menghoskan majlis pada hari itu. Selamat Maju Jaya, Majulah Sukan Untuk Semua.


About this blog

Selamat datang ke Blog peribadi saya. Semoga segala maklumat dan kandungan blog ini menjadi sebahagian daripada pengalaman bersama. Semua bahan yang disediakan tersedia untuk anda. Terima kasih kerana melayari blog ini..
Zue